Friday, January 22, 2010

Alex Ferguson disyaki terlibat rasuah pasir

Old Trafford: Alex Ferguson hari ini menafikan tuduhan beliau terlibat di dalam aktiviti rasuah pasir yang melibatkan beberapa kakitangan awam di seluruh Malaysia. Menurut Fergie,beliau tidak tahu menahu tentang tuduhan itu dan menganggap tuduhan itu adalah serius dan akan cuba untuk membawa mereka yang terlibat menuduh beliau itu ke muka pengadilan.

Alex Ferguson ketika di dalam sidang media.
"Saya tak tahu perkara ini kerana ini adala satu tuduhan yang serius. Meletakkan pasir di padang adalah kerja gila kerana padang kami adalah padang mempunyai kualiti yang baik", kata beliau di dalam sidang media selepas perlawanan antara Manchester City dan Manchester United.

Tuduhan rasuah pasir ini mula tercetus apabila beberapa kakitangan kerajaan negeri di Selangor dan Johor ditahan selepas didapati terlibat di dalam aktiviti kegiatan haram ini. Alex Ferguson antara disyaki terlibat di dalam aktiviti ini selepas perlawanan antara Malaysia menentang Manchester United tahun lepas. Beliau dikatakan berminat dengan struktur padang di Stadium Bukit Jalil yang agak berpasir di mana ia boleh membantu menguatkan lagi benteng pertahanan di samping mengelirukan pasukan lawan untuk menyerang ke gol lawan. Menurut sumber yang dipercayai, Alex Ferguson kagum akan struktur padang Stadium Bukit Jalil dan telah pun menghubungi beberapa kakitangan awam di Malaysia untuk membeli pasir untuk ditabur di atas padang Old Trafford.Beliau juga dipercayai telah mula melatih pemain pasukan beliau di atas pasir bagi membiasakan pemain untuk kawasan berpasir ketika perlawanan.

Manchester United ketika bertemu dengan pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Bukit Jalil
Siasatan mendapati sebuah lori pasir yang mencurigakan telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah tempat di Selangor pada minggu lepas.Pemeriksaan mendapati pasir ini tersebut telah dibeli oleh sebuah syarikat di UK dan didapati terdapat sticker Manchester United dilekatkan di cermin lori terbabit.Pemandu lori tersebut yang ditahan juga disyaki adalah penyokong Manchester United kerana jersi yang dipakai pemandu terbabit adalah dipercayai jersi Manchester United.

Pemandu lori yang ditahan oleh pihak berkuasa

Salah seorang penduduk tempatan yang ditemui.
"Saya selalu nampak lori pasir masuk sini.Kadang-kadang ada orang putih juga dekat sini.Tak tau la dia tu siapa.Kalau saya tau dia Alex Ferguson saya dah pukul dia dah.Sebab saya ni penyokong Arsenal", kata seorang penduduk tempatan berdekatan.


Gambar atas:Lori pasir yang ditahan oleh pihak berkuasa
Gambar bawah:Sticker Manchester United yang ditampal di cermin lori tersebut.

Merujuk kepada insiden tersebut, pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger berharap semua kelab bermain jujur dan tidak bermain kotor seperti menabur pasir di padang bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap pasukan EPL di samping menjejaskan integriti sesebuah kelab.

1 comment:

  1. penipu!!!!!
    arsenal da kalah ngan stoke wat cerita mcm nie...
    s&%l btul!!!!!

    ReplyDelete